Pages

Tuesday, February 22, 2011

Gabungan 10 Ulama’ 2 Negara Mantapkan ESQ

Ketika saya ke Jakarta 7 Februari lalu,  menghadiri press conference dan Majlis Silaturrahim yang dihadiri oleh ramai Tokoh Ulama’ Indonesia, para cendikiawan Islam sempena penganugerahan ’Sijil Sertifikasi Kesesuaian Syariah’ kepada ESQ Training setelah kajian dijalankan sejak 25 Ogos 2010 sehingga keluar certificate pada 25 Januari, YBhg Dato’ Setia Jaya Dato’ Paduka Syeikh Hasbullah, mantan Mufti Kedah sempat meluahkan harapannya pada saya agar para ulama’ Malaysia dan Indonesia ini segera bertemu, bermuzakarah, bersilaturrahim dan bersinergi untuk kepentingan ummah.

Peranan ulama’ dalam memberi bimbingan dan panduan agar mutiara-mutiara dari Al Quran dan As Sunnah ini dapat diangkat ke dalam way of life, di dalam keseharian hidup dan pekerjaan kita menjadi sangat penting dan crucial... apatah lagi dalam kecelaruan cara hidup dan pemikiran yang masyarakat kita hadapi saat ini.

ESQ, dengan Model Pembinaan Karakter, The ESQ Way 165 mengambil peranan untuk sama-sama melahirkan ummah yang berkualiti. Dan itulah yang turut dirasakan oleh pengkaji MUI... ketika mengkaji mereka menemukan banyak perkara baik dan kesantunan di dalam ESQ; sama ada melalui buku-bukunya, di training-training nya yang dihadiri secara terbuka dan secara rahsia, para alumni yang ditemui secara terbuka atau melalui penyamaran ketika mengumpulkan maklumat di field, wawancara dengan Pak Ary dan trainer, mereka cuba mencari salah dan silapnya ESQ, namun tidak mereka temukan.

Mana mungkin MUI boleh berlembut dengan ESQ kalau ESQ ternyata salah?  MUI telah mengeluarkan pelbagai fatwa dan certification di dalam perbankan, insuran, perubatan dan kosmetik, namun sekiranya ESQ ternyata salah, MUI akan menghukumnya salah.

Masih jelas di telinga saya kata-kata Drs Ichwan Sam, Sekretaris Jenderal MUI, ”Tidak mudah bagi kami untuk menghalal atau mengharamkan sesuatu kerana kalau kita terlalu mudah dan cepat menghalal atau mengharamkan sesuatu, itu maknanya kita telah merindukan neraka”.

Pada saya, orang biasa seperti saya yang menguruskan pentadbiran syarikat tanpa pendidikan agama yang khusus; kami  hanya inginkan peace of mind bahawa ESQ adalah selaras dengan Shariah dan Aqidah.  Pak Ichwan Sam, mewakili Majelis Ulama’ Indonesia (MUI) dengan tegas menyatakan di akhir bicaranya ketika pc tersebut bahawa sekiranya ESQ atau Pak Ary melakukan penyimpangan (penyelewengan), MUI akan bertanggungjawab.  Itu jaminannya.  Pada saya perkara ini selesai.

Di Suara Jagat, mereka nyatakan saya menulis tanpa hujah, hanya menggunakan emosi.  Saya bukan orangnya untuk berhujah, dan buat apa lagi hujahan-hujahan kalau dari awalpun tuduhannya sendiri datang dari pemahaman yang keliru dan salah? Buat apa berhujah kalau asas tuduhan sendiri  longgar dan  kalau kesannya ummah semakin berpecah?

Gabungan dari 10 tokoh ulama’ dan cendikiawan di negara kita dan Indonesia dimana ESQ bermula, telah cukup meyakinkan saya.  Dan saya yakin masih ramai yang bijaksana dalam menilai.

Ketika surf di internet mencari maklumat tentang MUI, baru saya hargai MUI dengan latarbelakangnya. Ia badan musyawarah Islam tertinggi di Indonesia yang mengumpulkan semua ulama’ dan badan ulama’.  Ia bukan mewakili satu atau dua suara, ia mewakili lebih  40 badan ulama’ di seluruh Indonesia.  MUI yang telah diasaskan sejak tahun 1975, pada tahun 2005 pernah mengeluarkan fatwa pengharaman Islam Liberalisme, Pluralisme dan Secularisme yang ditandatangani oleh KH Ma’ruf Amin dan mana mungkin pak Kiyai Hj Ma’ruf terlepas pandang ketika bersama Team 9 nya membuat kajian dan penelitian tentang ESQ. Pak Kiyai Hj Maaruf yang menandatangani certificate ESQ.

Saya akan menulis lagi tentang pertemuan ulama’ Malaysia, Indonesia dan Singapura di Flamingo beberapa hari sudah... benar sekali, ulama’ itu seperti bintang di malam hari... Indahnya ukhuwwah fillah ini.

No comments:

Post a Comment