Pages

Tuesday, September 7, 2010

17 Mei, 17 Pembaikan, 17 Jun ESQ Haram

17 Mei 2009, ada surat yang saya hantar kepada pihak berwajib menyampaikan 17 pembaikan yang telahpun kami lakukan. Saat itu, kami meneka dalam samar apa kah pembaikan yang mereka mahu kami lakukan.

Begini bunyi sedikit petikan dari surat yang saya hantar, surat yang hanya berkomunikasi sendiri, sepi tanpa sebarang balasan:

”YBSS Dato’, kami dengan rendah hati ingin memaklumkan kepada YBSS Dato’ bahawa kami berusaha untuk memahami garis panduan JAKIM agar ESQ Training yang dijalankan selari dengan kehendak di Negara ini.

Sehubungan dengan itu, kami telah mendapatkan khidmat tokoh-tokoh bagi menilai modul kami dan mereka telah menghadiri ESQ Training baru-baru ini. Bersama-sama ini, kami lampirkan salinan DVD ESQ Leadership Seminar KL 34 yang bertajuk Pandangan Tokoh. Selain dari itu, disertakan juga lampiran penambahbaikan ESQ Modul (bermula 8hb Mei 2009) dan keratan-keratan akhbar untuk perhatian YBSS Dato’.

Untuk makluman YBSS Dato’, kami terbuka untuk sebarang cadangan bagi melakukan pembaikan yang berterusan asalkan ia adalah dalam ruang lingkup aqidah dan tidak bertentangan dengan Ihsan, Rukun Iman dan Rukun Islam yang kami bawa”.

Kami menyenaraikan 17 pembaikan yang telah kami lakukan. Namun pada 17 Jun 2010, setahun sebulan setelah kami menyatakan kesediaan untuk menjelaskan apa yang menimbulkan kekeliruan dan kami juga sedia untuk berubah mengikut kehendak pihak berwajib, ESQ diharamkan.

Pun begitu, kami reda dengan keputusan ini.

Namun, dari satu segi lain, sehingga kini saya terus diasak pertanyaan, apakah ESQ ada hujah ilmiah untuk semua dakwaan? Apakah ESQ berada di atas neraca kebenaran? ESQ jangan sombong dan ESQ tidak pernah berubah... yang salah tetap salah... apa lagi soal akidah, dakwa mereka.

Saya hairan kenapa perkara ini terus beredar, masih belum cukup rupanya keputusan JK Fatwa Majlis Kebangsaan. Mahu tidak mahu, saya perlu address perkara ini, apatah lagi saya perlu menjaga kredibiliti ESQ sebagai badan latihan dan kepentingan staff yang berjumlah 44 orang yang mewakili 44 keluarga, orang kita, orang Malaysia. Walaupun, acapkali saya merasa kelelahan untuk menjelaskan. Kami anggap perkara ini telah selesai, namun rupanya belum.

Dengan kes yang telahpun dibincangkan sebanyak 7 kali di Muzakarah Fatwa Kebangsaan rupanya masih belum cukup untuk mententeramkan hati sesetengah pihak... masih belum cukup ilmiah penjelasan kami pada sesetengah pihak walaupun JK Fatwa Kebangsaan telah memuktamadkan keputusannya. Dan setelah keputusan JK Fatwa Kebangsaan pada malam 16 Jun 2010, sepertimana yang diputuskan, Panel Syariah dan Akidah ESQ telahpun menghantar kemaskini pembaikan ESQ kepada JK Fatwa Kebangsaan, Tan Sri Pengerusi dan ahlinya. Panel juga bersedia untuk membentangkan pembaikan yang telah dilakukan dari masa ke semasa. Ditajamkan lagi istilah-istilah yang menjadi kekeliruan, diperjelaskan lagi maksud ayat-ayat dan dihilangkan penemuan-penemuan Sains yang disalahtafsir. Keakuran kami dan Pak Ary sendiri di dalam menerima semua pembaikan ini turut dipertikaikan... apakah ikhlas untuk berubah atau semata-mata untuk mengaburi mata sesetengah pihak?

Sehingga mana akan tenteram hati mereka?

Sepertimana yang telah pernah saya tulis, kami telah menjelaskan perkara ini kepada JK Fatwa Kebangsaan. Kami telah menjelaskan secara tertulis, dan sesetengah jawapan kami, telahpun kami release kan untuk umum di blog esqlc165.blogspot.com. (boleh di klik di blog ini).  Dari segi penjelasan, kami terus berkeliling bersama panel syariah kami, secara tertutup. Sehingga semalampun, kami masih terus bergerak untuk menjelaskan... ke Utara dan Selatan.

Membuka perkara ini kepada umum dengan istilah-istilah yang hanya difahami oleh cerdik pandai agama akan hanya semakin mengelirukan keadaan. Tidak semua orang fahami jawapan ilmiah. Tidak semua orang seperti saya familiar dengan perkataan-perkataan, istilah-istilah yang digunakan, yang terlalu jauh dari bahasa management dan HR mahupun psikologi.

Siapakah yang meruntuhkan kredibiliti JK Fatwa Kebangsaan sehingga masyarakat hilang kepercayaan dalam soal ini? Apakah orang dalam sendiri? Saya tidak tahu...

Kenapa setelah 17 Jun 2010, masyarakat terus gelisah, ada banyak pertanyaan dari korporat dan agensi Kerajaan yang berada di luar Wilayah Persekutuan... Mereka menunjukkan bungkusan courier, dokumen-dokumen, tulisan dan tuduhan ESQ dan kaitannya dengan Yahudi yang mereka terima secara rasmi, e-mail yang mereka terima dari SS Dato’ Mufti Wilayah Persekutuan, biarpun sangat jelas syarikat mereka berada di luar Wilayah Persekutuan, namun tetap mereka terima kiriman dokumen tentang soal berkaitan ESQ.

Untuk kesekian kalinya, saya ingin bertanya apakah motif atas semua perkara yang dilakukan terhadap ESQ? Kerana motif ini jugalah yang sering ditanyakan kepada kami... kenapa dalam soal ini, perkara ini seperti tidak berakhir. Saya tiada jawapan.

Sungguh, kami tidak ada resources yang banyak untuk terus menjelaskan dan mengadakan forum secara terbuka sedangkan pada waktu yang sama nilai-nilai murni ini perlu disampaikan. Semua kita akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah atas apa jua yang setiap kita lakukan. Tidak terlepas juga kami di ESQ.

Justeru itu, berhentilah menghukum atas perkara-perkara ranting yang telah kami perjelaskan. ESQ hanyalah pakej training di bidang Kepimpinan (pembinaan karakter) yang berasaskan Rukun Islam, Rukun Iman dan Ihsan. Ia bukan sebuah ajaran atau agama baru sebagaimana dakwaan.

Lihatlah ESQ seadanya dan bukan diada-adakan akan perkara yang tiada. Apa yang tersirat, hanya Allah Yang Maha Tahu. Manusia tidak punya scanner gharizah di hati sepertimana Allah swt. Allah tidak pernah salah dalam menghisab... sekiranya siapa jua antara makhluknya berbuat salah... akan tidak pernah terlepas dari catatan Allah.

Lihatlah diri kita sendiri, setiap hari dalam kehidupan kita. Semoga kita semua; suami, isteri, anak-anak kita menjadi orang-orang yang bertakwa di sisi Allah swt.

” Sekiranya kita ingin membangunkan dunia, bangunkanlah bangsa kita, sekiranya kita ingin membangunkan bangsa, bangunkanlah keluarga kita, sekiranya kita ingin membangunkan keluarga, bangunkanlah diri kita sendiri....”





3 comments:

  1. Salam Puan Marhaini,
    Do not despair, it is just a 'dugaan'.
    Keep up the good work.
    Allah knows best.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Bro Azuddin... semoga Allah bimbing setiap langkah kaki kita. Insyallah saya terima segala ini sebagai madrasah untuk mendidik akhlak dan jiwa saya... begitu juga dengan semua teman-teman yang lain. Apapun, doakan perpaduan ummah dan bangsa ini.

    ReplyDelete
  3. Salam Kak..

    Begini agaknya apa yg Nabi Junjungan kita rasakan ketika Baginda menyebarkan Islam.. dimaki, dituduh gila, penipu.. dibenci, dikhianati, dikecam.. oleh mereka-mereka yg BUTA HATI dan DENGKI.. Sungguh sedih sekali..

    HASAD.. bagi saya, hanya itu shj jawapan mudah kpd persoalan kita kenapa ESQ ditolak mentah sedangkan segala kata telah dituruti, segala prosedure telah diikuti..
    (apakah laksa penang lebih sedap daripada laksa johor?.. sedangkan titik temunya, adalah.. ianya tetap ada nama 'laksa'.. peranannya sama, 'makanan'.. dan dihidang utk dimakan.. tetapi.. akan TETAP wujud golongan pro dan kontra.. bukankah?.. jika ada titik temu itu, maka, nikmati kedua2 laksa itu dgn senang dan bahagia..berkongsi dgn gembira.. bukankah lebih baik jika begitu??.. NAMUN...... tetap.. pertikaian muncul menegakkan salah satunya LEBIH SEDAP.. mencari perbezaan dan jurang, daripada menyatukan titik temu yg terbentang!!.. SADIS!!..)

    Maaf kerana terlalu terbuka.. sebab saya juga terasa apabila ESQ dijadikan bahan sindiran.. saya suami isteri serta rakan sepejabat yg mengikuti dikatakan 'taksub' kerana 'terlalu meyakini' ESQ.. walaupun acapkali ucapan kami adalah... "Bukan ESQ atau Pak Ary yg kami taksubkan.. tiada apa pd ESQ atau Pak Ary yg perlu ditaksubkan.. hanya yang kami RASAI.. adalah BAHAGIA dan ingin kami kongsi "RASA" itu bersama yg lain.. dan dlm ESQ ada "RASA" itu.... rasa dekat kepada asas hidup.. rasa faham dan kembali kepada ISLAM, IMAN, dan IHSAN..

    "RASA" yg hanya yang merasai akan memahami.. BAHAGIA!!.. itu yg kami perolehi... setelah selesai mengikuti training 3 hari itu..

    Justeru itu kak..
    Jangan putus asa.. jangan patah semangat... jalan kejayaan itu tidak berbunga-bunga dan tidak semerbak harum mawar bukan??.. makanya, lalui duri dan onak agar jiwa lebih kental, perjuangan lebih jitu, dan keyakinan lebih tinggi.. Semoga sentiasa menuju kejayaan!.

    Jangan pernah putus asa. jgn pernah putus harap.. sebagaimana Nabi Junjungan kita juga tidak pernah sekali pon berpaling meninggalkan kita.. teruskan usaha dan dakwah ye kak!!..

    Semoga redha dan rahmat Allah sentiasa bersama. Amin.

    ReplyDelete