Perjalanan kerja dua hari satu malam ke Jakarta kali ini menjadi perjalanan menelusuri ke dalam diri. Dan cubaan memahami, apa isu sebenar kes ESQ?
Kenapa ada waktunya kita menjadi begitu berbeza... sedangkan asal kita dari bahan yang sama...
Teringat sebuah cerita tentang dua buah negeri yang saling bermusuhan, kedua-dua negeri tersebut dipisahkan oleh sebuah tasik yang luas. Pada suatu hari ketika seorang pemuda sedang berjalan di tepi tasik, dia terdengar jeritan meminta tolong dari tengah tasik... lalu tanpa berfikir panjang dia terus terjun ke tasik, berusaha sekuat tenaga untuk menarik pemuda yang sedang lemas ke tepi tasik. Dalam saat-saat cemas tersebut, dia melakukan apa jua cara untuk menyelamatkan pemuda yang lemas tadi sehingga akhirnya pemuda tersebut sedar dari pengsannya. Setelah sedar, tak putus rasa syukur dan terima kasih yang keluar dari mulut pemuda yang lemas. Mereka saling bertukar cerita, sehinggalah mereka tahu bahawa mereka datang dari negeri berbeza yang saling bermusuhan... lalu tiba-tiba rasa benci itu muncul di hati...
Fitrah diri kita cintakan kebaikan dan rasa sayang di antara kita. Di titik yang paling dalam tiada benci di antara kita... Di antara saya yang sedang menulis dan anda yang sedang membaca tulisan ini... kita tiada beza, sesama manusia, apatah lagi kita dari umat Nabi Muhammad saw yang satu. Namun along the way, along our life journey that we surpassed, kita dididik dengan pengalaman berbeza, melalui sistem pendidikan yang tidak sama… jarak di antara kita menjadi jauh. Lebih berat ketika kita saling melabelkan, menjadi sangat judgemental terhadap sesama kita.
Kaca mata apa yang sedang kita pakai? Apakah ada blind spot yang menghalang penglihatan kita mahupun penglihatan di hati kita? Apakah kita melihat sesuatu hanya dari pandangan kita, tidak cuba melihat secara helicopter view... atau apakah mungkin kita mendapat maklumat yang tidak lengkap atau salah, lalu kita terus menghukum berdasarkan fakta yang tidak tepat?
Saya jadi teringat kontroversi ESQ Training... ada waktunya saya sendiri tertanya-tanya; benarkah ESQ itu menyeleweng akidah sedangkan bukan sebarang orang yang datang, menilai dan menyemak... atau apakah kerana perkara lain... perkara selain akidah.
Ada ketidakadilan yang kami kesan ketika kajian dibuat; ayat yang tidak dilengkapkan, fakta yang disalah tafsirkan dan baris-baris ayat yang ditinggalkan... menghukum bahawa ESQ menggunakan hanya semata-mata logik di hati sedangkan sangat jelas bahawa di dalam buku ESQ terdapat bab bahawa Al Quran adalah pedoman utama. Banyak lagi perkara, banyak lagi penjelasan... namun, saya tidak tahu di mana akhirnya vicious cycle ini.
Saya hanya berharap daripada terus menghukum, ambil sedikit kesempatan untuk membelek setiap helaian di buku ESQ, hadir ke training dan memahami sebuah cita-cita untuk meneroka ke wilayah Islamic Leadership untuk membina watak dan karakter Muslim sebagai saingan kepimpinan berteori Barat. Sepertimana struggle untuk mewujudkan Islamic Banking system, pasti jua banyak perjalanan awal yang penuh lompong untuk kita sama-sama tampung...
Benarkah akidah isunya, sehingga ramai yang resah?
Sehingga kembali tiba di Kuala Lumpur dalam hujan renyai dan tanah KL yang basah malam tadi, saya masih belum menemukan jawapannya.
Hanya satu yang saya lalui, Jakarta hujan, KL juga. Hujan sama, tapi kita masih berbeza...
assalamualaikum,
ReplyDeletesyabas Puan Marhaini,
Saya sangat bersimpati pada Puan, tetapi jauh dilubuk hati saya merasa kagum dengan perjuangan yang Puan sedang perjuangkan. Saya juga beranggapan bahawa Soal ESQ ini terjadi bukan isu akidah tetapi mungkin suatu konspirasi yang ingin memecah belahkan umat islam diMalaysia agar mereka dapat mengaut keuntungan diatas kelemahan kita.Diatas segala kekalutan yang sedang kita hadapi ini ada manusia2 lain yang sedang mentertawakan kita umat Islam dengan megahnya kerana telah berjaya mengkucar kacirkan kita.Perpaduan umat Islam adalah sesuatu yang sangat manusia2 ini takuti.Mereka tahu jika umat Islam bersatu dan berpadu maka tiadalah peluang bagi mereka untuk menundukkan kita.Wahai saudara seIslam ku bangunlah dari tidurmu yang panjang, bermuhasabahlah diri dimanakah perjuangan kita sekarang ataupun kita masih leka dan lalai dan redho dengan tipu muslihat manusia2 yang kononnya memperjuangkan hak2 kemanusiaan.Lihatlah bagaimana mereka memporak perandakan kesatuan ulamak2 yang kita hormati sebelum ini, disebabkan perkara ini kita sebagai orang yang masih memerlukan tunjuk ajar dari para alim ulamak menjadi keliru dan akhirnya kita tidak lagi mempercayaai para alim ulamak. Apa akan terjadi ?????????? Mendabiklah dada manusia yang berjaya melengkapkan misi mereka.
Ini adalah penilaian saya insan yang sedang mencari keredhoan ALLAH dan masih pemperjuangkan kesatuan umah yang semakin rapuh ini.
Puan Marhaini teruskan perjuangan, masih ramai yang sedang berdoa dan berjihad agar kita berjaya menegakkan syiar Islam.
ALLAH HUAKBAR.
kebaikan dari Allah yang kurang itu dari diri saya sendiri.
Wasalam.
wasalam.