Pages

Saturday, August 14, 2010

Saya cemburu dengan ESQ...

Sebagai seseorang yang merasa ada sesuatu pada diri sendiri; best student Applied Psychology Center UIA, seorang kolumnis mingguan di Berita Harian, Mingguan Wanita dan Majalah Midi, menjadi speaker di seminar, mengendalikan kursus serta mempunyai Klinik Psikologi sendiri, jua bekerja di bawah kumpulan syarikat besar, saya hadir ke ESQ Training di Jakarta lebih lima tahun dahulu dalam keadaan ’gelas penuh’, merasa diri cukup tahu. Ada rasa jealous yang masuk ke dalam hati saat itu…. Melihat training dijalankan di Jakarta Convention Center dengan jumlah yang ramai, teknologi yang canggih, dikendali secara professional, ramai orang-orang muda dan juga orang-orang tua, berkereta besar dan elit, petugas-petugas muda yang begitu bersemangat.... sungguh saya cemburu!


Hari pertama saya di ESQ Training penuh dengan rasa cemburu. Ia menyekat saya dari menghayati modul-modul yang dipaparkan pada saya.

Pada hari kedua, ada mangsa Tsunami yang berada dekat dengan saya.... dia kehilangan 83 orang ahli keluarganya, dan gedung perniagaannya yang besar di Acheh. Ketika diceritakan kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang biasa saya dengar ketika Aidil Adha, dia menangis kuat, tangisannya yang tersimpan lebih setahun setelah Tsunami, dilepas keluar....setelah sessi tersebut, dia berkongsi dengan saya, tidak pernah dia merasa selega itu. Di hari ketiga, di celah-celah sessi dia berkongsi lagi bahawa malam harinya, buat pertama kali setelah lebih setahun tsunami, dia dapat tidur nyenyak...

Perkongsiannya membuka hati saya, sebagai seseorang yang terlibat dengan sessi-sessi support group, group counseling, couseling session, kami selalunya mengambil masa yang lama untuk menamatkan sessi,kadang-kadang sehingga berbelas sessi dan boleh memakan waktu hampir setahun, untuk client benar-benar let out apa yang membuat mereka simpan sehingga sesetengahnya berada dalam depresi. Namun, ketika training di hari kedua, dia mampu melepaskan pengalaman getir yang tersekat di dalam dirinya selama ini.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar... sungguh saya terpana melihat betapa besarnya mukjizat Al Quran dan betapa kuat dan teraputiknya kisah-kisah di dalam Al Quran....penggunaannya di dalam ESQ Training, dengan slide-slide yang di design sebegitu rupa adalah usaha-usaha serta pendekatan yang dijalankan agar Allah swt menurunkan hidayahnya. Trainer tiada kemampuan untuk berbuat demikian. Trainer juga manusia seperti kita..hanya mampu mengutip kisah-kisah dan ayat-ayat di dalam Al Quran, berdoa dan saling membacakan Al Fatihah di sepanjang latihan berlangsung. Trainer berusaha untuk menyampaikan kisah-kisah dan ayat-ayat di dalam Al-Quran dan saat ini baru saya tahu ketika menghadiri mesyuarat dan Training of Trainers (TOT) setiap 3 bulan, trainer sentiasa diingatkan agar jangan kagum dengan diri sendiri, sentiasa tahajud, baca Al Quran, rendah hati... kita tidak mampu untuk menyampaikan cinta kepada Allah kalau di dalam hati kita sendiri tidak cinta pada Dia.

Saya hanya benar-benar merasakan kesan ESQ Training sepulang saya dari Jakarta. Saya tidak lagi mampu untuk menggunakan telefon pejabat untuk kegunaan peribadi... kerana saya benar-benar merasa Allah Maha Melihat... merasakannya... bukan sekadar mengetahuinya.

Terlalu banyak perjalanan jiwa yang saya lalui setelah itu...

Menyorot kembali apa yang saya lalui... rasa cemburu yang menjalar ke dalam diri saat pertama kali saya ke training... boleh menjadi besar dan lebih besar kalau ia dibiar-biarkan.

Ada seorang rakan motivator Dr Rozieta Shaari pernah berkongsi dengan saya, bahawa otak kita seperti Radar Activated System (RAS), sekiranya kita membuat decision atas sesuatu, kita akan mula melihatnya di depan mata secara jelas. Contohnya, sekiranya kita decide untuk membeli kereta Mercedes berwarna silver, kita akan mula melihat banyak Mercedes Silver di jalan-jalan. Mercedes Silver akan cepat menangkap penglihatan kita.

Begitu juga ketika saya hadir ke training ESQ, sekiranya saya hadir untuk mencari salahnya ESQ, pasti banyak yang saya temukan salahnya. Pasti saya akan sibuk mencatat segala kesalahannya dihati dan dinota saya... segala yang baik akan tidak lagi saya nampak kerana saya telah activate kan otak saya untuk melihat segala yang buruk...

Namun, daripada bertanding, lebih baik kita bekerjasama... ia membuat hidup kita lebih ringan.... banyak dari segi ilmu, transfer of technology dan transfer of skill yang boleh kita manafaatkan untuk ummah dan masyarakat dunia.... dan kita tidak mahu kitalah virusnya di dalam masyarakat,menjadi pemecah belah tanpa kita sedar kerana ada rasa luka di hati... hurting people hurt people...

Firman Allah, Al Mu’minun, ayat 51-54 yang bermaksud:

Allah berfirman, “Wahai para rasul! Makanlah dari (makanan) yang baik-baik dan kerjakanlah kebajikan. Sungguh Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. Dan sungguh, (agama tauhid) inilah agama kamu, agama yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, maka bertakwalah kepadaKu”. Kemudian mereka terpecah belah dan urusan (agama)nya menjadi beberapa golongan. Setiap golongan (merasa) bangga dengan apa yang ada pada mereka (masing-masing). Maka biarkanlah mereka dalam kesesatannya sampai waktu yang ditentukan.

1 comment:

  1. Dear Marhaini saudara ku dalam Islam,

    Tiada apa yang saya mampu katakan kecuali, takdir itu bukan sahaja saat berlakunya kemudahan dan kebaikan, bahkan takdir itu juga hadir disaat kesakitan dan ujian. Sabarlah, kerana sabar akan align us to the right thing at the right time. Redhalah, kerana redha akan membuka pintu wisdom. Usaha kita sesungguhnya tidak memberi bekas, hanya tanganNya yang pasti memberi bekas. Usaha kita berlegar disekitar department kita, biarkan Allah menentukan kerana itu adalah urusan departmentNya. Serah dan berlapanglah, kerana kita yakin kita telah menyerahkan urusan kita ke tangan Yang Maha Bijaksana dan Yang Maha Berkuasa!

    ReplyDelete