Setelah berbuka puasa malam tadi, anak sulung saya berusia 13 tahun yang belajar disebuah sekolah beraliran Arab di Selangor sugul bercerita ustazah disekolahnya bercerita tentang ESQ haram dan seleweng di kelas. Di asrama, setelah kelas, teman-temannya bercerita tentang sejarah perang salib dan menyatakan bahawa di Negara kita ada perang psikologi iaitu ESQ yang secara halus membawa salah akidah.
Tanyanya pada saya apabila haram, apakah hadir ke ESQ itu sama sepertimana dosa orang berzina atau makan babi?
Dia nyatakan bukankah di dalam training ESQ Kids & Teens yang dihadirinya mengajarkan banyak kebaikan… yang paling ketara adalah sepulang dari training bilik tidurnya sentiasa kemas kerana dia sangat terkesan dengan Angel Principle iaitu bahawa Malaikat sentiasa mencatat segala amal yang baik dan buruk. Menjadi pembersih, kemas dan disiplin adalah perkara-perkara baik yang malaikat catat sebagai amal kebaikan untuk dirinya… itu yang dia pegang sehingga sekarang.
Namun apabila disekeliling persekitarannya heboh bercerita tentang ESQ yang salah, dia jadi sugul dan keliru…
Berapa ramai di antara kita yang melalui masalah sama? Saya jadi teringat seorang alumni yang menangis dan merayu meminta agar kemelut ini segera diselesaikan kerana dia yang sudah mula solat, solat tahajud dan berusaha untuk jadi lebih baik, dikatakan mengamalkan ajaran sesat oleh ahli keluarga dan teman-temannya. Saya juga teringat alumni yang kelmarin hadir untuk recharge di training ESQ, Alhamdulillah sudah bertudung litup sedangkan ketika mengundang dia untuk hadir ke ESQ beberapa bulan sudah dia memakai skirt terbelah hingga ke peha.
Kata mereka yang berilmu dan ada kuasa memutuskan, niat tidak menghalalkan cara. Kata salah seorang YBSS Mufti yang saya jumpa, akidah itu salah satu salah semua. Namun soalnya, benarkah berlaku salah akidah? Benarkah ada penyelewengan?
Kenapa salah akidah ini tidak dapat dikesan di badan tertinggi yang memutuskan ini semua, iaitu Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang telah 7 kali mendengarkan pembentangan tentang ESQ? Apakah Pengerusi JK Fatwa Kebangsaan bersama semua ahlinya salah di dalam membuat keputusan? Saya masih ingat pandangan JK Fatwa Kebangsaan, bahawa apa yang dibentang di JK Fatwa Kebangsaan dan hal-hal dipermasalahkan adalah hal-hal ranting dan bukan pokok, hal yang zanni bukan qat’i.
Apakah hanya kerana tiada kuasa untuk memutuskan di setiap negeri bermakna Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang terdiri dari mereka yang senior dan berilmu ini membuat penilaian yang salah dari segi akidah? Apakah kertas laporan yang disediakan oleh salah seorang Penolong Pengarah Penyelidikan mengatasi keilmuan yang ada di dalam gabungan ilmu ahli Jawatan Kuasa Fatwa Majlis Muzakarah Kebangsaan sehingga ia seolah-olah menjadi asas untuk pengharaman yang saat ini tersebar dengan meluas?
Lalu disebarkan lagi bahawa ESQ degil dan tidak pernah mahu berubah. Maka untuk menguatkan hujah, dibentang dan ditayangkan kepada ahli fatwa negeri di roadshow yang dijalankan, rakaman program Astro Oasis yang dirakam pada tahun 2008 dan diulang tayang beberapa kali di Astro Oasis di mana Pak Ary Ginanjar menyebut tentang penemuan Sains iaitu ‘God Spot’. Kami telahpun memohon agar Astro Oasis menghentikan tayangan tersebut dan kekeliruan istilah tersebut telahpun kami ganti.
Surat yang kami hantar pada 11 & 13 hb Mei 2009, kepada pihak-pihak tertentu tentang pembaikan-pembaikan yang dilakukan sejak 8 hb Mei 2009 sekarang ini masih diperdebatkan seolah-olah pembaikan tidak pernah wujud. Kenapa? Apakah relevan soal ESQ adalah berkait akidah? Semua pembaikan telah dilakukan sejak 2009 dan kami maklumkan pada mereka yang berkenaan tetapi pada tahun 2010 tetap diharamkan atas perkara yang telah dibaiki dan dijelaskan.
Saya bimbang akan datang, ada institusi yang digunakan dan diberi maklumat yang tidak tepat sehingga keputusan yang tidak tepat diambil.
Sebagai orang dewasa yang lebih bijak menilai dan menimbang, kita juga confuse dengan apa yang sedang berlaku, apatah lagi anak-anak kita… yang masih belum matang fikirannya. Lalu, apa kemampuan yang saya ada untuk menyelesaikan kemelut ini setelah mendapat banyak rayuan dan permintaan untuk perkara ini diselesaikan… kecuali terus merayu dan berusaha menjelaskan kepada semua ahli jawatankuasa setiap negeri?
Tidak cukup dengan pengharaman sedia ada, ada pihak-pihak tertentu terus berusaha keras agar lebih banyak negeri mengharamkan ESQ. Busuk sangatkah ESQ sehingga ‘kebusukan’ itu mahu disebarkan di seluruh negeri? Apakah tiada langsung pandangan yang boleh diambil dari JK Fatwa Kebangsaan dalam soal nasional ini? Apakah kerana hanya hidung orang-orang tertentu yang secara peribadi merasakan ‘kebusukan’ dengan hadirnya ESQ maka dicari dan disahkan betapa yahudi dan kristiannya ESQ… betapa secara halus akidah umat Islam didakwa diselewengkan…
Ada seseorang yang tinggi ilmu agamanya, di panggil untuk berada dalam panel di sebuah institusi pernah menasihatkan saya, “Marhaini, gunalah teori apapun; Jepun, Amerika… tapi buanglah Quran dan Hadis dari ESQ Training dan kami tidak akan masuk campur lagi soal ESQ…”.
Sehingga kini, kata-katanya menghiris hati saya. Kami hanya ingin sama-sama berlumba-lumba untuk berbuat kebaikan di sisi Allah swt. Itu sahaja.
Dan kami tidak bercerita soal-soal yang bukan dalam bidang yang memerlukan tauliah. Soal tersebut, kami serahkan pada yang lebih berhak… soal Fekah, Ibadah…. ia bukan bidang kami. Kami hanya bercerita soal yang sangat asas; soal pembinaan karakter melalui 5 rukun Islam, 6 rukun Iman dan Ihsan. Ia tidak terkeluar dari rukun agama tadi dan tidak sejauh apa yang dihukumkan saat ini ke atas kami. Ia tidak sejauh apa yang dikaji oleh panel kajian, para professor yang ilmu Islamnya sangat jauh dan tidak setanding dengan apa yang ESQ Training lakukan. ESQ itu hal-hal yang sangat asas, sangat biasa. ESQ itu hal yang asas kerana pengisian modulnya sama dari anak-anak sekolah rendah hingga para top executive yang pemahaman Islamnya biasa-biasa saja.
Lalu, anakku, datang ke ESQ tidak sama dengan melakukan zina. Di dalam ESQ Training yang engkau jalani, bukankah engkau sendiri merasakan cintamu yang semakin bertambah kepada Allah, kepada Rasulullah… membuat hidupmu lebih bersemangat, belajarmu sebagai bentuk pengabdianmu kepada Allah?
Teruslah merasakan bahawa malaikat sentiasa mencatat amal baik dan burukmu…ummi tidak mampu menjagamu sepanjang waktu, ummi tidak mampu untuk sentiasa berada disampingmu, binalah filter di dalam dirimu, rasakan CCTV Allah yang sentiasa merakam segala perbuatanmu … Jadilah anak Malaysia yang mencintai Allah swt atas segala-galanya. Engkau akan selamat dunia dan akhirat.
Allah....
ReplyDeleteEngkau ampunilah ESQ jika ia salah ya Allah.
Tapi janganlah Engkau pudarkan hati2 hambaMu yang telah Engkau pilih menerima hidayahMu dalam terus mencari Kebenaran...
Jika dalam soal kehidupan, pembangunan insan pun kita tidak dibenarkan menggunakan Islam.. maka apa lagi acuan terbaik yang kita mahu gunakan. Adakah yang lebih baik dari celupan itu?..Astaghfirullah....
Kau ampunilah kami ya Allah.
Jawablah , jawablah dengan akhlak yang mulia. Kerna akhlak itu adalah agama. Tak perlu dengan kata kata . Wahai anak yang mulia .... yakinilah , yakinilah bahwa apa yang di bawa oleh ummi mu itu ... satu anugerah dari Tuhan mu . Kerna hanya hati kecil mu itu saja yang tahu atas setiap kebenaran .
ReplyDeleteambik mana yang baguih la. toksah dok pikiaq menda2 yang menggangu. Biasa la tu. Nak jadi baik ni banyak mehnahnya.
ReplyDeletebuatlah sesuatu kerana Allah, bukan kerana ESQ. maka tak ada masalah jika ESQ di'fitnah' sekalipun kita xde masalah dalam beramal.
ReplyDeletebila kite down di sebabkan ilmu yg kite dpt dr ESQ, samalah juga kita men'taksub'kan ESQ bukan buat kerana Allah semata2.
kita hanya insan kerdil yg terus berusaha membaiki diri & org lain, tetapi Allah memberi kelebihan pd org lain utk nampak yg mana benar & batil. lihatlah dengan mata hati, tadabburlah AQ selalu, hayatilah sunnah baginda, ini adalah source terbaik yang Rasul kita sendiri tinggalkan =)