Pages

Friday, August 13, 2010

Muhasabah Pagi Jumaat

Saya sering diingatkan oleh YBhg Dato’ Nooh Hj Gadot untuk bersangka baik dan banyakkan istighfar…. Dan demi Allah, setakat ini, dalam kemelut lebih dua tahun ini, tiada kebencian di hati...hanya sebuah rasa sedih dan sebak setiap kali saya reflect dan melakukan self reflection atas segala apa yang terjadi.


Kita merancang, namun Allah swt punya rancangan lain untuk kita. Saya belajar untuk mengikuti segala ’skrip kehidupan’ dari Allah swt dengan dada yang lapang. Belajar untuk redha atas segala takdir baik mahupun buruk.... Sungguh indah kehidupan apabila kita mampu untuk meletakkan cinta kepada Allah swt melebihi segala cinta di hati. Namun acapkali, it is a long struggle... to be a better person in the eyes of Allah swt, everyday in our lives… betapa lemahnya sebuah hati. Hanya pada Allah swt saya pasrahkan kehidupan ini.

Saya percaya, apabila pintu di bumi seolah-olah tertutup untuk kita, pintu di langit terbuka luas untuk kita masuki…

Saya tidak pernah membayangkan saya akan melalui apa yang saya lalui hari ini.

Sejak di universiti saya terlibat dengan kerja-kerja dakwah dan kebajikan di pedalaman Sarawak dan Jeli. Ada waktunya berminggu saya hidup di kalangan aborigines dan natives... saat itu, kepenatan tidak mampu mengalahkan sebuah kepuasan di hati. Ke kebun bersama mereka, memasak untuk mereka, mengajak mereka membersih kawasan, bersukan dan bersama-sama mendirikan surau. Ada waktunya saya terpaksa meredah malam pekat, jalan berbukit untuk membawa mereka ke hospital terdekat ketika mereka sakit. Saya belajar untuk bersabar ketika membawa mereka ke Kuala Lumpur dan saat mendapat tahu ada yang minum tuak walau baru bersyahadah...

Saya belajar erti keikhlasan, prihatin sesama dan kemampuan untuk menyayangi biarpun mereka begitu berbeza dengan kita. Saya belajar... hidup adalah sebuah pengabdian kepada Allah swt dan jangan lakukan sesuatu kerana perkara selain dari Allah swt. Saya ingin belajar bagaimana akhlak Baginda Rasulullah saw... ketika menghadapi ujian demi ujian dalam hidupnya. Alangkah jauh peribadi saya dari itu semua... semoga Allah mengasihani kita semua dan kita tidak seperti buih di lautan, banyak, tetapi kosong tidak bermakna...

Apabila ada yang mengatakan bahawa saya mempertahankan sesuatu sehingga menidakkan yang lain, ia membuat saya kembali memuhasabah diri. Benarkah saya lakukan semua yang saya lakukan kerana seorang manusia? What is so great about a particular person that make you want to stand up? It is nothing to do about the other person, it is about me and Allah swt… that I can eventually conclude.

Dan Subhanallah pagi ini, saya membaca Surah Al-Ankabut. Antara ayat yang saya baca…Firman Allah swt, Al Ankabut, ayat 41-42, yang bermaksud:

“ Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah adalah seperti labah-labah yang membuat rumah. Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah ialah rumah labah-labah, sekiranya mereka mengetahui. Sungguh, Allah Mengetahui apa saja yang mereka sembah selain Dia. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Bijaksana”.

Apa yang berlaku akhir-akhir ini dalam kehidupan saya adalah peluang untuk lebih dekat dengan Allah swt. Rugilah jika saya merasa menderita dengan perjalanan kehidupan ini. Banyak nikmat yang Allah berikan… saya tidak pernah membayangkan untuk hidup dekat dengan para Ulamak. Pekerjaan saya sebelum ini begitu jauh dari para Ulamak. Saya teringat Road Safety Campaign yang saya jalankan saban tahun dahulu, saya dapatkan sebuah perspektif baru apabila dekat dengan Ulamak… Dato’ Nooh sampaikan begitu banyak facilities yang PLUS sediakan di sepanjang highway, alangkah lebih baik dalam perjalanan ketika berhenti rehat di R & R, kita solat sunat… atau tidur sebentar dan solat tahajud ketika travel di malam hari. Di perjalanan, kita berzikir... ia menyejukkan hati, membuat jiwa rasa tenteram dan Insyallah Allah swt melindungi keselamatan kita di dalam perjalanan. Sebuah solution yang kembali kepada Al Quran dan As Sunnah dalam setiap aspek kehidupan yang kita jalani. Pandangan Dato’ Nooh ini meyakinkan saya bahawa kita perlu angkat para ulamak dalam setiap pekerjaan kita, libatkan mereka... kerana mereka adalah pembimbing, umpama bintang penunjuk di malam gelap.

Siapapun kita, mari kita muhasabah diri sendiri. Kita lakukan alignment di hati kita. Moga Allah bimbing setiap langkah kita, kata-kata kita, tangan dan kaki kita...moga Allah ampunkan dosa-dosa dan khilaf kita yang banyak...

Hari ini, hari Jumaat... terasa rindu kepada keluarga di Kelantan. Pagi Jumaat, pagi pengisian ilmu... pastinya ma dan kakak sedang sibuk bersiap ke majlis ilmu pagi ini... Salam rindu, salam Ramadhan untuk semua.

5 comments:

  1. Salam,
    Keep up the good work.
    Allah knows best for you.

    ReplyDelete
  2. Salam Puan Marhaini,

    Semoga perjuangan Puan untuk menegakkan 165 diberkati Allah. Sesungguhnya perjuangan Puan bukanlah perjuangan yang sia-sia. Hanya Allah yang boleh membalasnya.
    Jangan sesekali menyerah kalah kerana itulah norma kehidupan. Jatuh bangunnya diri ini adalah ketentuan Allah. Seperti yang Puan sampaikan "
    Saya percaya, apabila pintu di bumi seolah-olah tertutup untuk kita, pintu di langit terbuka luas untuk kita masuki… " SubhanAllah. Sungguh indahnya kehidupan ini...
    All the best to you....
    Khas buat Puan Marhaini...i will always stand behind you...
    ~setiap jengkal tanah ada 165~

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,

    t عن النبي e قال: (( البر حسن الخلق. والإثم ما حاك في نفسك
    وآرهت أن یطلع عليه الناس )). رواه مسلم. وعن وابصة بن معبد t قال: (( أتيت رسول
    الله e فقال: ( جئت تسأل عن البر؟ قلت: نعم. قال: استفت قلبك البر ما اطمأنت إليه النفس
    واطمأن إليه القلب، والإثم ما حاك في النفس وتردد في الصدر وإن أفتاك الناس وأفتوك ))
    حدیث حسن رویناه مي مسندي الإمامين؛ أحمد بن حنبل والدارمي بإسناد حسن.

    Daripada al-Nawwas ibn Sam'aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda:

    Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya.
    Hadis riwayat al-lmam Muslim.

    Dan daripada Waabisoh ibn Ma'bad r.a. beliau berkata: Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu
    Baginda bersabda:
    Engkau datang mahu bertanya tentang kebajikan? Aku berkata: Ya. Baginda bersabda: Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya,dan dosa itu itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu.
    Hadis Hasan riwayat al-lmam Ahmad dan al-Daarimie dengan isnad yang baik.

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Eniey..

    Hanya Allah yang tahu ape yang dah Kak Eniey lakukan. Insya Allah, itu kan salah satu ujian tanda Allah sayang pada kita. Tidak beiman seseorang itu jika tak diuji. Hebat ujian ni buat orang yang hebat seperti K.Eniey.

    Teringat saya pada nasihat seorang sahabat pada saya semasa di UiTM apabila kita diuji. Hanya satu yang dia smpaikan pada saya. "Ingat balik Surah Al-Baqarah ayat 216". Hanya itu.. Saya review balik ayat tu. Cukup untuk saya faham atas apa semua ujian ini.

    Semangat perjuangan ni akan kami dokong sama2 dengan K.Eniey. Walau perjuangan di ESQ terhenti, tak bermakna perjuangan untuk 165 akan juga terhenti.. Perjuangan ini akan kita bawa sehingga nafas terakhir. INSYA ALLAH.

    Harapan dan doa moga K.Eniey akan terus tabah dan kuat. Kami sentiasa bersama K.Eniey.

    ~Selepas hujan itu, pasti ada akan hadir pelangi yang indah~

    ReplyDelete
  5. salam

    semoga perjuangan ESQ mendapat kebrekatan daripada ALLah swt. Tiada kursus yang begitu berat untuk ditinggalkan walaupun ke bilik air. Semoga Allah mempermudahkannya

    ReplyDelete